Friday, April 05, 2013

Siapa Syuhada Mohamed sebenarnya?

Assalamualaikum.

Hai, nama aku Ummi Syuhada. Panggil Syuhada. Anak Penang. Penggemar durian, laksa dan keju. Ops, sekarang aku hanya layan keju dan durian. Laksa stop sebentar, boring. 

November lepas, dapat jugak aku genggam sekeping kertas yg tertulis Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah selepas 5 tahun aku belajar bersungguh-sungguh time exam, tido dalam kelas, copy paste assignment, yes aku grad! Buat kali kedua selepas diploma. Cuma diploma konsep lain sikit sebab time exam dulu lagi banyak main, layan movies, layan lagu carta sinar. Argh, jiwang jugak aku!

27 Nov 2012

Lepas grad, aku tanam anggur sebentar di Busana makcik aku. Tolong apa yang patut. Masa tu aku hanya ada satu impian, iaitu nak jadi business girl yang berjaya. Punya sebuah cafe yang comel, bersebelahan dengan butik kepunyaan keluarga. Angan-angan dari sekolah menengah sudah berjaya 50% bila makcik aku bukak Busana. Cafe pulak? Okay, aku nak jual kek keju dan sepupu nak jual kek cokelat. Idea tu pun dapat lepas pergi seminat Marketing Power by Dr. Azizan Osman.
Tengok, betapa powernya nasihat dia sampai membuatkan aku berangan-angan nak jadi owner bakery suatu hari nanti semakin membuak-buak. Idea terbang laju dalam fikiran. Buat itu, buat ini. Semua aku nak buat. Tapi nak mula, kena perlukan modal. Fikir punya fikir, ya aku perlu bekerja. 


Kawan pertama yg aku jumpa, kenal, punyai rasa minat yg sama pada artis kpop lagi-lagi runningman,
 terus membuatkan kami hubungan kami menjadi begitu mesra dalam beberapa minit sahaja.

Time cuti, aku slalu akan ke busana kalau tak ada hal. Memang aku tak ada hal pun selalu, ingat aku ni ahli politik apa, sibuk di pejabat dan kena turun padang? Bila ke Busana, aku lah tukang sapu, tukang tukar baju kat patung, tukang bagi idea (hebat la sangat? pui), tukang layan customer yang disayangi dan tukang usyar mamat kat kedai makan. Kantoi suda...

Bila selalu duduk dengan baju-baju, rasa minat nak bukak butik sendiri pun muncul. Lalu umi  suruh aku kerja dengan mana-mana butik dulu untuk cedok pengalaman. Bak kata Dr. AO, untuk berjaya kita perlu belajar dengan MENTOR. Aku kata, aku tak boleh kerja dengan orang lain punya butik. Sebab kalau aku terpaksa tengok baju yang aku tak suka, aku akan rasa pening. Over giler, serius!

Last-last, aku tolong umi kat Busana je. Ada jugak baju yang aku tak berapa nak suka. Tapi aku tahan je pening. Dan jugak, kalau aku tak suka baju tu, aku akan teragak-agak untuk bagitahu customer yang baju tu cantik. Sebab aku rasa jahat kalau aku berbohong. Aku kata cantik padahal tak cantik. Kalau nak tau baju tu cantik ke tidak, tengoklah riak wajah aku. Pasti akan dapat jawapannya.


Dress ni memang aku suka. Tapi aku tak boleh beli sebab ini customer punya :)

Muka bahagia bila dapat makan keju. Eh, bila aku upload yang ni?  Bubuh jela.

Bulan lepas, kawan sebilik time diploma turun Penang. Lama sudah kita tak bertemu yg sahabat. Last, bulan 4,5 tahun lepas masa aku pergi U hang utk guna datastream demi thesis. Masa ni, kami di Sunway Carnival Convention Centre. Dating dengan Bryan Gan. Demi mencapai impian untuk menjadi business girl suatu hari nanti, kami kutip segala info yg diberi secara percuma dengan betul-betul celik mata dan telinga. Tak tido lagi dah macam dulu. Asal pergi lecture, mesti nagntuk.


Selepas beberapa minggu, aku create Lamia Paesyeon. Lamia bermaksud bersinar-sinar dan paesyeon bermaksud fashion. Konon-konon nak jadi designer macam orang lain, aku pun keluarkan 1 design yang bagi aku hebat gila. Sleeveless Cardigan dengan brand Lamia Paesyeon. Wow, baju sendiri tu! 

Promot sleeveless cardigan kat kenduri Aloq Staq.
FB Lamia Paesyeon, klik sini

Even baru ada 1 design, tapi dah ada yang beli ok. Terharu cek. Beli 2 sekali gus pulak tu. Sobs sobs... Sekarang aku plan nak design baju yang labuh pulak. Baju yang sesuai dan selesa dipakai untuk hari-hari biasa. Banyak yang aku dah design sampai tak tau nak buat yang mana dulu. Nak termuntah mike memikionye. HOHO

Tapi takpe, buat pelan-pelan. Suatu hari nanti mesti aku akan berjaya jugak insyaAllah. Oh, sekarang sudah pukul 1.47 am. Kena tido, esok nak bangun awal. Pergi kursus Berani Berniaga 2013 by Dr. AO. Jumpa anda di sana ok :) Gudnight.

Apa kena mengena dgn gikwang? Gigi dia cantik. Saya jeles. Huhu.


1 comment:

cik kechik said...

semoge tercapai impian..best gak jdik bisneswoman ni..huhu~