Wednesday, September 04, 2013

Esok last Syawal, jom feeling-feeling raya !



Dam dam dum bunyi mercun. Wah meriahya malam ni! Alhamdulillah lagsir dah pasang, sofa dah dapat baju baru, baju raya aku? Yuni pun tak ada baju raya? "Oh no, pulun jahit pulun!" Malam tu aku sempat siapkan dress and outer untuk aku (memang simple gila design sebab malas nak buat kreatif2 dah lambat kena tido esok kena siapkan masakan) and? 2 jubah untuk Yuni. Pergh terasa hebat dapat siapkan cepat.

Esok raya!!! Okay lemang ketupat semua dah beli, itik semua sudah dibuang bulu dan dikerat-kerat untuk dijadikan rendang. Malam ni kena tengok tv ada sampaikan raya live. Ceh porah, rakaman je??? Baik aku kemas rumah je (nampak sangat rumah bersepah :P ), bubuh kueh raya.

"Alllahu Akbar, Allahu Akbar..Allahu Akbar
La illaha il Allah..."

"Bangun bangun! Umi, abah raya dah. Aman, an...bangun, dah raya la weh!!!" Haish raya pun susah nak bangun. Penagan kemas rumah, masak and jahit le tuh. Muahaha semua kena.

Dah bangun mandi siap wangi wangi, jom makan rendang itik sama itu ketupat lemang! Habis seround, pergi masjid solat raya. Balik, makan lagi beround2. Tak cukup dengan tu, kueh raya semua dibantai. Bila kembong perut buncit semua menyesal. Tak lama lah tahan penyesalan tu! Dah okay buat balik! Haha, kami sangat positip kan??!! *bangga tak tentu pasal*

"Mengantuk lah nak type lagi, upload gambar je lah ye. Mata dah pedih, kaki pun lenguh jalan sorang2 pergi sogo plus jalan tar lepas interview.Adoih macam nenek dah aku ni.."

RAYA PERTAMA

Cepat-cepat! 1,2,3...Selamat Hari Raya !!!
*bila tema maroon bertukar ke purple cenggini lah jadinye hukhuk*

Eh, tergwiyomi plak! *gambar formal tak ada sebab kami selalu ceria ;D*

Ondaway ke Balik Pulau & Tg. Tokong *bergila-gila di blakang*

  Susah nak bagi budak ijau yg kecik tu gelak. Hanya abang-abang je berjaya. Kakak, tidak :'(

RAYA KEDUA

Kami penggemar itik goreng. Itik goreng lebih liat dan lebih sedap dari ayam kampung.
*pung pang macam chef. abaikan semak. fokus pada itik tak boleh hangit*

RAYA KETIGA

 Adik dan adik2 sepupu. Comel kan mereka!
*baby tak pakai blusher ok*

Peluk baby sebab nak ambik aura kecomelan baby huhu

Hana Nabila Tajima datang dari Tg. Tokong khas untuk beraya :)

RAYA KEEMPAT

Rumah ex-jiran. Sungai Dua. Datang dengan harapan nak makan yg sedap2 jek.

Dah dapat nindiaaaaa...tart nenas berkeju yang lembut. Sedap betul tak tipu. Siap bawak balik lagi.

Ni buktinya. *act as model kueh raya boleh kot? oh, nampak itu duit raya di tangan? :P *


Tg. Tokong lagi. Pergi perut penuh,balik lagi penuh huhu.


P/s: Masih belum terlambat kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA untuk semua.Mintak maap kalau ada buat salah silap sepanjang kenai ke tak kenai ke.Lambat update pasal raya sebab buzy dengan jalan-jalan dan bercuti. Lagipun,  gambaq ada kat penang, nanti p amek baru upload tambah. Babai :D

SELAMAAAATTT HAAARIII RAAAAYAAAAA !!!! 
*last chorus lagu saya saloma hehe*













Thursday, August 01, 2013

Mengada nak makan makanan yang tak ada di bazaar Ramadhan

Assalamualaikum.

Bangun sahur bukak puasa, bangun sahur bukak puasa? Dah nak raya dah. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam dengar pengistiharan puasa. Argh, kueh raya tak beli lagi, baju raya tak potong lagi, mana lagi nak jahit baju raya? Langsir raya? Pening kepala. Aku ni anak yg masih bujang dan kakak kepada adik-adiknya ataupun aku dah berkahwin dan mempunyai anak? Semua aku fikir sampai fusing la ana punya kepala. *mood "kami semua sepakat di kampung hai pening lalat"*

Sudah sudah. Hal tu letak tepi. Malam ni (time aku tulis) aku nak cerita pasal juadah berbuka puasa. 'Hey, apa ke boringnya tajuk kau?'. Biasalah, ini kan aku :D. 

Dalam banyak banyak banyak juadah berbuka yang dimasak dijual di bazaar bazaar ramadhan, semua tu aku tak berkenan. Sikit pun tak meleleh air liur aku. Contoh? Cucur. Tak terliur sebab berminyak. Tepung talam, lompat tikam atau tepung pelita atau yang seangkatan dengannya. Manis sangat. Nasik tomato, nasik daging? Boring ah selalu makan nasik je. Mee kuah, bihun sup, laksa. Lagi la boring. Dah tau dah apa rasa dia. 

Ummi pun suruhlah buat sendiri apa yang kita suka. Kot-kot aku ni tak berselera melayu. *tersentap mak*. Tapi aku ni suka ke bazaar (tak mengaku malas). Lagi2 bazaar yang besar dan ramai pengunjung ke situ. Dalam setiap minggu, mesti 6/7 hari mesti aku akan pergi ke bazaarlah. Tak kisahlah bazaar tu kecik ke besar ke, aku mesti pergi. Aku ni kan suka makan benda yang lain dari family, baik aku pergi cari kat bazaar kan. Nak buat sendiri, nanti tak laku. (sebenaqnya, tu bukan motif betui. ada yang lain tapi chek malu nak habaq kat hampa).

Dah nama pun kat Malaysia, banyak la masakan dan kueh mueh malaysia. Takkan punya kau duduk malaysia pastu terhegeh-hegeh gi bazaar nak cari tteokbokki dan sushi? (Oh takotao ada tahu ?!). Pusing kot mana pun, yang tu lah yang ada. Agak susah utk aku decide. Bila dah beli, berbuka. Coih, rasanya tak seperti yang diimpikan :'(. Yang family beli, yang tu jugaklah yang aku ngap. Yang tu jugaklah yang sedap and sesuai dengan selera tekak aku. Aku memang anak melayu sejati. Itu memang tidak dapat dinafikan :P

Di bawah ni adalah contoh ciri2 makanan yang aku cari tapi tak dapat dapat lagi kat mana2 bazaar:

  • Kuah yang sedap dan ada ayam/daging/ikan yang super banyak (bihn sup/mee bandung/asam laksa)
  • Bersos sdap dan penuh dengan keju (lasagna)
  • Sayur sawi atau kobis yang rangup serta sedap kuahnya. 
  • Makanan korea *ni tak boleh blah*
Mengade kan aku ni kan? :P




Wednesday, July 24, 2013

Perlindungan diri dengan hanya RM 50

Assalamualaikum.

Dah balik terawikh ke? Alhamdulillah :) *oh lelaki berbaju melayu*.  Boleh dah lah kita bermoreh ye idok? Aku makan puding truffle je. Buat sendiri (la sangatttt). Nyum nyum, sejuk je tekak ni.
(post terlambat, orang dah nak tido aku baru publish. malu ayat intro tak sesuai sobsob )

Malam ni aku ni promot sikit. Promot apa? MAA Takaful. Dalam banyak-banyak produk MAA Takaful, aku paling suka yang ni. Kasih Rakyat namanya. Sebab ape? Sebab dia ada yang ni semua :




Faedah utama yang bakal dapat :

  • RM 30,000 - Bagi kemalangan yang mengakibatkan : lumpuh dari bahagian leher ke bawah, atau kehilangan akal sepenuhnya
  • RM 30,000 - Perlindungan maksima bagi kehilangan fizikal atau hilang upaya kekal
  • RM 20,000 - Bagi kematian : kemalangan kenderaan / pembunuhan atau serangan / mogok, rusuhan atau kekacauan awam atau rampasan / keracunan makanan dengan tidak sengaja / lemas atau kegagalan pernafasan / akibat asap atau gas beracun dengan tidak sengaja / dipanah petir / pendedahan dan kehilangan / gigitan serangga dan binatang
  • RM 10,000 - Faedah tambahan - semasa didalam perjalanan sebagai penumpang yang membayar tiket (berlesen untuk membawa penumpang)
  • RM 3,000 - Khairat kematian dibayar di atas tambahan jumlah pokok kematian semua sebab. 
*Kelayakan manfaat bermula selepas 6 bulan dari tarikh 
berkuatkuasa perlindungan bagi kematian selain daripada kemalangan.*

Faedah-faedah tambahan :
  • Sehingga RM 900 setiap kemalangan - Setiap kemalangan faedah tunai kemasukan hospital - faedah harian bagi kemasukan hospital maksima sehingga 30 hari (RM 30 setiap hari)
  • RM 500  - Untuk pembelian kerusi roda, tangan atau kaki palsu dan topang.
  • RM 250 setiap kemalangan - Bayaran balik amaun pengeluaran ATM secara ugutan
  • RM 200 setiap kemalangan - Bayaran balik caj yang dilevi oleh hospital syarikat ambulan swasta
  • RM 150 setiap kemalangan - Gantian dokumen yang hilang akibat diragut.
*Pengecualian jika peperangan atau tindakan musuh asing / sengaja mencederakan diri sendiri / bunuh diri / tidak siuman / penyakit / AIDS / pengambilan dadah / kehamilan dan melahirkan anak / melakukan perbuatan yang menyebelahi undang-undang / sukan professional / memandu atau membonceng disemua jenis perlumbaan / memandu pesawat kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang / memburu / mabuk / sukan mempertahan diri / luncur air / selam skuba / mendaki gunung.* Pengecualian tidak secara menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam siijik kontrak.                                       


Hah macam mana? Ok tak? 
Dengan hanya RM 50, SETAHUN SEKALI je tau! 
RM 50 tu banyak mana sangat pun. Kalau kita boleh beli baju mahal-mahal (lagi-lagi on9 shopping) , gadget terbaru, berbuka di luar, kenapa tak boleh nak bayar untuk perlindungan diri sendiri kan? Bukan orang lain yang untung, kita jugakkkk yang untung. 

Aku bukan bahagia aku akan dapat duit ni nanti, tapi boleh lah meringankan beban family aku kalau terjadi apa-apa kat aku. (Nauzubillah) Kita bukan tau apa akan terjadi kat kita kan, semuanya datang tanpa diduga. 

RM 50 setahun tu ibarat RM 0.14 sen je sehari. Murah la kan. Aku tak fikir panjang dah, lepas baca je brochure tu sampai habis, "Okay saya masuk yang ni :D"

Berminat ? Sila hubungi 013-5975391 (Syuhada) / email ke neomuneomuchoayo90@gmail.com untuk keterangan lanjut. Gudnite <3

Monday, July 22, 2013

Masalah bercinta dengan durian


Assalamualaikum.

Boring. Setiap hari mengadap laptop. Tak blog, facebook. Yezza aku ialah stalker. Kalau malas on laptop, online through handphone pulak. Gila stalk orang. Hahaha, best kot! Lagi2 somebody yang kita suka, ops!

Aku rindu blog lama aku. Blog gelaksdurians, banyak jugak aku update kat situ. Lagi2 bulan puasa. Apa yang aku merapu, aku pun tak tau. Tapi bila ulang baca tadi, "Eh, lawak la. Hahahaha pandai aku mengarang" (penuh bangga)

Antara salah satu post yang aku sendiri rasa cuwiiitttt sangat :


"Durian, duriannnn oh duriannnn... Syu cintakan Du (nama manja Durian). Du cintakan Syu tak? Apa? Sayang je? Mana boleh macam ni. Syu cintakan Du lebih dari pakwe2 kat luar sana. Sanggup buat apa saja demi Du. Syu tak boleh hidup tanpa Du. Pliss pliss plisss...jangan tinggalkan Syu."

Tadi tu hanya sependek-pedek rakaman perbualan antara Syu dan Du time kami berkasih-kasihan. Tapi tu semua just kenangan. 2 bulan yang lalu, Du tinggalkan Syu setelah sempat bercouple selama 2 hari. Syu tak tahu apa salah Syu sampai Du buat macam ni. "Du ada orang lain ke?". Du diam membisu. "Du, jawablah! Syu malas nak berteka-teki. Baik Syu balik update blog"

Akhirnya, Du jawab jugak akhirnya. " Okay lah, Du pendekkan cerita. Ingat tak dulu Syu cakap Syu cintakan Du? Sanggup buat apa saja demi Du? Tapi kenapa Syu buat jugak?

"Buat apa pulak ni? Tak fahamla..."

"Orang tua ni, buat2 lupa pulak. Kan dulu Du ada cakap sekuat-kuat bau Du, anggap je busuk. Tapi kenapa still dengan perangai lama?"

Ceh itu rupanya??? "Kahkahkahkah... Dan bau tu menyusuk hidung, mana Syu boleh tahan... Syu makan je la Du. Sedap kot... Family semua tanya mana Syu jumpa Du. Syu cakap la Syu jumpa Du kat pasar malam. Okay tak? Hihi...ala relax lah Du, nanti Syu cari la abang Du yang lain pulak, kira Syu curang pun dengan sepupu Du jugak:P"

p/s: Pelik, kata dah makan Du, habis tu aku bercakap dengan sapa? Erk!!!


Sunday, July 21, 2013

Baju raya color apa tahun ni?

Assalamualaikum.


Puasa, dah masuk 2 minggu. That means, raya dam dam dum bunyi mercun dah dekat! Tahun ni nak pakai baju raya apa? Color apa? Tema? Aiyo, wa sulah penin wo.



Dalam semua ahli family aku, akulah paling berkuasa. Decide tahun ni tema baju raya color apa. Ada yang nak merah, ada yang nak oren, ada yang nak color block (aku lah tu bhahahah). Semua nak contribute idea masing2. Bila aku suruh dorang decide, dorang suruh aku gak decide. Bila aku suggest (takdela block2 sangat, kang menyanyi boria kami), dorang nak ikut warna masing2. Aiyoyoyoo...capati mana capati?

Kalau boleh tahun ni aku nak baju raya yg simple, tp nampak glemer. Senang kata, UNIK la. 
Aku taknak la baju yg potongannya membuatkan aku susah untuk berjalan. Kain pun biar la lembut. Senang nak bergerak ganas. Ganas, means tolong buat kerja rumah time raya. Nak kena duduk dengan tamu, prepare food untuk dorang, basuh pinggan. Jalan sini jalan sana. Plus, nak solat pun susah kalau kain tak stretchable ni. 

Fikir punya fikir....aku masih belum dapat jawapan. Apa yang aku tau, aku buat macam biasa. Seperti tahun2 lepas, aku jahit baju raya sendiri. *Sendiri lah sangattt...padahal aku jahit 40%, umi jahit 60%*. Senang jahit sendiri ni. 1st advantage, kita yg design sendiri. Suka hati lah nak potong macam gitu atau macam gini, siap. Magic tak? 

Macam Cinderella, guna magic je. Terus siap. 

Siap menghelit lagi baju tu.
*Menghelit means bersinaq2 baq hanggg*


2nd, costnya yang murah. Nak murah kena beli kain murah la, kalau beli yang mahal...mana datangnye murah tu? Tak gitu? 3rd and last, baju aku mesti unik! Aku gerenti there's no one yang akan pakai sama dengan aku. Hah, impossible lagi perasan! :p

Lantak la nak tema apa pun. Janji baju aku siap dulu. Wahahahaha...gila jual ikan?! Alaaaaa..aku perempuan. Macam2 color boleh pakai. Jadi untuk menyenangkan proses pemilihan warna baju raya nak dekat2 time raya nanti, aku decide aku akan buat jubah yg colornya pastel, sesuai untuk digabungkan dengan apa2 color je. Aku buat dulu. Nanti dorang decide, barula aku beli shawl. Incase dorang still tak boleh beralah, sorang nak merah, sorang nak kuning, sorang nak oren, sorang nak biru? Apa susah, aku beli kain plain semua color tu, aku pakai shawl berlapis2. Biar semua color ada. Ala2 fareeda gitu. 

*Buat masa ni, aku ada kain color peach pink2 je. Boleh la kot kan???

p/s: Harap2 dorang decide cepat, takut aku pengsan pulak nanti sebab shawl tebal berlapis2. Erk!




                        


Thursday, July 11, 2013

Muslims in Korea prepare for Ramadan



Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ni dah masuk hari ke3 kita puasa. Yey, tak pernah tinggal lagi :D

Tak nak cakap banyak, jom layan ini video :D (Oh Korea ku hikhik )




Nak pergi! Nak terawikh kat sana :D

Wednesday, July 10, 2013

Ragam Awal Minggu Berpuasa, "Eh lupa, harini PUASA..."

Assalamualaikum.

Hari ni dah puasa, aku baru terhegeh nak buat ucapan.
Tak pe, yg tu letak tepi jap.

Aku tengah teringat cerita hari pertama puasa dolu2 ni.
Biasa la, muda kan time tu.
Ada yg puasa depan family, tapi diam2 minum air paip.
Ish puasa yangyok! Hah, aku bukan macam tu ye.
Aku minum air lepas berkumur time nak ambil wudhu, tak pun time gosok gigi.
Dapat sikit2 pun jadi la kan, lagi pun kan makruh? (sampai sekarang aku pegang kata2 tu)

Ada jugak kes dimana aku lupa yg aku tengah berpuasa.
Kes ni selalu terjadi dlm first week.
Bila lapar, pi dapur, bukak peti ais, selamber je makan. Eh lupa!

Ada jugak aku pergi kedai beli coklat dengan air. Time tu dengan kawan.
Tak tengok orang dah, keluar kedai terus ngaaap itu coklat.
Pastu pelik kenapa orang sekeliling pandang kami macam...'pelik'.
Aku siap buat bodo je, ingatkan diorang jeles kami makan coklat tu.
Rupa2nya, bulan ramadhan lah weh! Uih malu2.
X kisahla, darjah 3 punya cerita, normal lah :P

Ada jugak aku lupa nak berniat puasa di malam hari.
Bangun pagi, konpius. Aku ni puasa ke tak?
Ah, makan je lah (ambik tangan tutup muka).

Tahun lepas. Aku dah set kat mind "aku puasa, aku puasa".
Pergh, aku tak de TER TER lagi.
Tiba masa utk buat jus tembikai. Secara cool nya, aku set dlm mind
"aku puasa, aku puasa".Ok done! Berjaya!
Macam biasalah, dah kacau2 mestilah kena rasa bukan?
Aku pun pergi dapur, ambil sudu, and RASA.
"Sedapnya umi!"
Adik aku terus menjerit "Kakak tak puasa ! "
Serius, aku puasa time tu. Tapi adik aku tak percaya aku TER :(

Kes terbaru, pagi tadi.
Lepas tengok 'Cipta Rasa Ramadhan' by chef Shers,
(yg buat otak2 and choc bread pudding yg sedap yg membuatkan aku terliur),
Aku bangun nak siap2 keluar. Ternampak kurma!
Belum sempat aku ambik, nasib baik teringat "Eh lupa, harini PUASA".

Ada sebulan tolak sehari lagi utk kita berpuasa kan.
Harap2 tak de dah lah perkara2 macam ni berlaku lagi.
Melainkan terjadi time aku sorang2, bukan depan adik.
Kalau tak, memang kena bahan la huhuhu

Oh, lupa nak bagi ucapan.
Aku tengok kat google, mostly madah2 yg terlampau tinggi bahasa sasteranya.
Takut pulak aku nak meng'copy'.
Kang kantoi aku plagiat.
Secara simplenya, aku nak mengucapkan

"Selamat Berpuasa semua. Semoga Ramadhan tahun ni, akan membawa kebaikan dan keberkatan utk kita semua. Puasa penuh2 okay! Nanti boleh dapat duit raya lebih. (Adik2 boleh claim kat family masing2 :P)"



Monday, July 08, 2013

Sebuah Diary Comel Designed by Korean

Assalamualaikum.

'Hari ni Yuni nak pergi Aeon Big nak beli jam ice. Aku nak ikut. Boleh usyar2 diary comel.'
Ececeh, bajet comel bila ada diary comel. 
Padahal diary je maintain comel.

Akhirnya, selepas fikir nak pergi ke tak...ok aku nak pergi lah.
Bergayakan inner dress purple, baju itik longgar yg lusuh, syria oren dan selipar, aku laju meluru ke Hasani.
Sempat aku melirik ke arah seorang jejaka dan pakcik yg sedang merenung aku dengan pelik. 
Adakah disebabkan gaya ku ala2 pastel (lusuh) atau selipar jamban? 
Sempoi apa ... :D

Tapi...takde pun yg comel.
Takpe la, kat rumah ada dah buku 0. 
Lalu dengan semangatnya aku terus tulis 'DIARY' dan isinya.
Tajuk, Sebuah Diary. 
Siap ada mind map.
Dulu time sekolah takde plak aku rajin buat mind map untuk buat essay. Boooo!




Itu kisah semalam.
Hari ni aku pergi Popular, yes, aku jumpa! 



Tapi pening nak decide nak mana satu.
Ofkos sebab semua cute.
Adala dekat 5 minit utk decide.
Mana taknya, semua designed by korean.
Mak jemah memang pantang saranghae saranghae ni , terus fall in lap.

#1 Comel ohh cover dia. Mau cubit2 pipi dia.


#2 Auwwww, KOREA! Hanbok!


#3 Boleh lah. Boleh lah.


Decide, #3. Biar x comel di luar, tapi comel di dalam. 
Tengok, ada lukisan comel dengan word KOREA! 
Itu sebab yg utama. Hehehehe.. :D



Sunday, June 30, 2013

Jumpa Runningman Face To Face ;D



Assalamualaikum

2, 3 hari lepas aku mimpi Runningman buat kesekelian kalinya.
Mesti akan ada yg tertanya2, "dia ni xde keja ke nak upload mimpi dia?"
Jawab aku, "Janganlah begitu, ini mimpi yg biasa tp hebat. Saya perlu lah tulis supaya nanti saya boleh baca balik :P"
Tengok, jawapan xbest langsung! Bhahahaha aku memang low in sastera.

Aku mimpi sape? Runningmanlah!

Cerita dia begini:

Aku ondaway nak ke jeti.
Aku pun x paham kenapa aku mesti ke jeti?
Ada org jerit "Kita nak balik Malaysia lah!". "Eh, kita kat mana ni?" " Laaa..kan ni kat Jepun." *Aku bingung.
Bila aku ada kat Jepun?
Setahu aku, aku ada kat KL, rumah nenek berbangsa India.
Dan aku ondaway nak lari dari rumah tu* (ape ke pelik mimpi akuuuuuu???)

Lantak lah, janji nak balik rumah!, hatiku menjerit keseronokan.

Tetiba, aku nampak sekumpulan cameraman dan orang pakai baju sukan warna putih bising2!
Aku pelik. Apsal ni?
Diorang ni sape nak ada cameraman ikut semua?
Oh tidak!!! Runningman lah!!!!

Aku pun apa lagi..terus laju je pegi duduk sebelah cameraman.
Nak usyar RM dari dekat, konon2 xnak bagi dorang perasan.
, kang dorang lari, sape yg rugi?
Akuuuuu jugakkkkk

Ntah macam mana, aku boleh join dorang discuss plan utk menang dalam mission.
Hah, hebatkan aku?
Masa tu aku dpt tgk Jaesuk, Gary and Haha.
Haha paling dekat, dekat depan aku betul2. Aku tengok je dia. *Ish, dia dah kahwinlah!*
Yang lain aku nampak bayang2 and suara je.

Dorang pun nak gerak ke next mission.
Dengan selambernye aku berkata " Eh, jap2. Boleh x, I take a few pictures?"
Wah suka hati aku je kan nak campur bm dgn bi.
Nasib dorang paham Hewhewhew

Runners memang sporting! Terus VJ yg ambilkan gambar kitorang. And guna fon aku. Pergh, time tu terkelu lidah nak ckp thank you. Aku duduk tepi Haha tau! *Byul bukan ada ka situ pon :P *

Sempat jugak aku tgk balik gambar tu.
Argh, buruk plak aku dalam tu.
Tudung ntah pegi mana, cover kepala dengan sweater je.
Tp comel jugak lah rasanya :P

Belum sempat aku nak cakap lebih, ummi dah kejut aku daaa...
Dan dalam kebengongan, mamai bangun tido,aku boleh pi cek henfon kot2 ada lah gambar2 tu.
Serius, aku memang tengah bingung!

Teringat kisah dulu. Tak dulu sangat la.
Dalam tahun lepas, aku ada jugak mimpi RM ni.
Tapi special sikit. Sebab ada orang pemes.
Hah, sape dia? Fatin Liyana!
Tu sebab hari tu aku ada baca blog FL yg pergi ke Korea.
Jeles punya pasal, terus dpt pegi Korea dgn FL.
Hah, ko ado?

Cerita dia begini :

*Lampu padam, flashback time!*


--------------------------------------------- Memories from GD : (April,2012)-----------------------------


Hai uolllsss…
Korang tgh wtpe tu???? Mak jemah kt ofis ni…tgh taip entry baru untuk uoolsss…Hak ‘ah..!!!!
(suka beno Syu kt ‘Hak ‘ah’ mak jemah tu….) HAHAHAHAHAHHAHA

Salam jumaat…
Ni chek nak habaq mai…xmau dah berleytiaq panjang2 cam slalu….
Semalam Syu mimpi best uolllssss….
Mimpi pe???? Haaaahhh…tgk tajuk le kan….
Fatin Liyana uuu!!!!

Bukan senang tau chek nak mimpi sal retis2 ni…
Especially blogger….
Mostly la kannnn….Syu ayik mimpi kena kejar ngn org jahat or  hantu jek…gulp!
HAHAHAHAHHAHHAHAHAH *On air with Mas Joko di era.fm*
(Haaaahhh…nmpk x??? Nampak x?? Aku tgh promot johara pagi era ney….blink2!!)

~Ops…cita pasal mimpi…~
Aku baru pas parking keta kt depan supermarket…
Bila masa aku drive pon aku x sure..magic tol!!!
Aku pon…straight jek masuk kedai tu…motip??? Entah le...aku ikot jek aliran mimpi tu..uncontrollable..

Baru kakiku nak melangkah masuk..tetiba aku nmpak ada org kejar aku…
Siapa tu??? Scarrynye…nak bunuh aku ke????
Tanpa pikir panjang..aku terus meluru masuk ke kedai..dgn harapan dpt bersembunyi kt citu…
(Impact from RunningMan show…gagaggagaagaggaa)

*Tetibe tertukar tempat”

Time: Pagi2 kt skola….tunggu time perhimpunan….(td kt kedai petang..cmno boley jadik pagi ney???)
Suasana: Student berrlari-lari…berkejar-kejaran lagak seperti sedang menaikkan laying-layang…
(Agak pelik…aku da besaq….tp student lain semua kecik2 mcm darjah 1…huwarghh…!!!!!)

“ Xboley jadi ney….kena gi cari kawan…xkan aku silap skola kot???” kataku.
Tgh dok cari2 tu…aku pikir jugak la….aku patot cari kwn drjah 1 dulu,atau kwn U???? runsing2….

*FAKTA : mimpi mampu mengelirukan sesiapa sahaja…*

Tetiba aku nampak sorang awek ni…dia tegur, “Kenapa awak lari??????”
“Errrrr…errr…awak sape??? Awak ke yg kejar saya tadi???”
“Yela…kita kan kawan kt Camp Tutor dulu…”
Huh??? Oh…..baru teringat aku ada join program  Tutor Utusan dulu…

“Nama saya Fatin…awak ingat x?? Kita kan rapat time tu…”
Fatin mana plak ni…dah la kawan aku ramai nama Fatin…
Fatin?? Fatin Hazwani?? Fatin Hanani?? Fatin Farhana???

“Xkan awak x kenal saya??? Saya ni femes tau…” awek tu serius jek explain kt aku….
Aku memang x igt lah!!!! Dah la dalam mimpi ni…(sedaq pon dalam mimpi!!)
Tp xpe…aku kawan jek ngn dia…

*Tetibe lagi, lagi dan lagi…….tempat bertukar….aku dan Fatin di shoping complex n suasana dah malam*

Fatin tu teruja betol tgk brg2 yg dipamerkan kt citu…
Aku pelik…kata shoping complex….tp muzium????
Okay…abaikan bab tu…
Fatin memang happy gile lah time tu…
Eh…Muzium korea weh!!!! Aku pon ikot ter’effect’…
Jerit sana sini...terlompat-lompat….
”Ko igt senang ke kita nak datang korea???”
Yg bestnya....time tuh…muzium tu xde org sangat pon….

……………………………………………….

“Saya dah tau…awak Fatin Liyana kannn….kan kan kannnnn…?????!!”, da penat main aci ligan baru aku tau….
Hahahahhaha…
“sori ye Fatin cantik…”
FL senyum jek….

*Cer teka camna aku leh tau tu FL???
Hah….aku xteka sbb wajah dia yg cun melecun tu..salah2….
aku teka sbb kami kt korea…
Hah…FL la ni…pegi post sal travel ke korea…
Berulang kali aku dok ulang bace entry korea tu….jeles oh!!!*

~Okay smbung ‘FL senyum jek…’~

Tgh dok syok sembang sal keglemeran dia…kami terdengar orang jerit..
Suara lelaki….Hey….Jae suk lah!!!
Lari dri Sparta kook…Wowwww!!!!! Running man depan mata aku????!!!
Disebabkan kami gila-gila keterlampauan … kami pon join skali jaesuk…
AHAHAHHAHAHAHAHAHAH

Harapan aku nk tgk Jongki depan2 ;)
Tp lagi teruja aku nk tgk si HAHA tu…
Fatin ajak aku larik sembunyi…aku xmau…sbb nk tgk HAHA dulu..hahahhaah

Tetibe lagi…
Jaesuk ckp melayu…”weh lari cepat!!!! Dorang nak tangkap kita…!!”
Whoah…kami memang dlm show running man la!!
Patot dri td ada cameraman ikot kami berdua…HEBAT!!!
Apa lagi…..trus lari smbil gelak…kesan dri gelak si HAHA….

“Akak…bangun2….da lambat neh…”,  cmna suara umi boleh masuk dlm mimpi ni????
Umi aku ke g kawal show ni???
Orite…..da subuh la…smpai ke situ jek weh mimpi aku..

Sad…x sempat nak tamatkann game tu..
X sempat nk borak panjang ngn Fatin Liyana…
Tp xpe.,.aku hepi…even xdpt jmpa depan mata in reality…
dlm mimpi pon jadik lah kan….dari xdak…
Kuikuikuikuiiii….



Hah..gmbar ney la paling aku jeles...p/s:Fatin...nnti nak gi korea ajak la skali.... :)


Jongki
Jongki sekali lagi..hikhikhik....

HAHA 


Jae suk yang.........'hah...nmpk x yg atas tu??!!'




p//s: Balek keja nnti aku nk tgk running man….rindu…
andddddddddd……………..baca lagi entry FL…hikhikhik….

psssttt..FL..pnjam gmbar u ye.... :dlm mimpi x sempat nk amek gmbar...hehehehe



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Penangan Runningman memang hebat!
*Sape setuju, angguk*
Kalah drama and lagu2 kpop.
*Sape setuju, hurm...xpelah kalau tak setuju*

Klah nak tido. Bahaya ni dok mengadap lama2 laptop. Sakit mata. Kang x pasal2 aku mimpi Runningman Lagi and aku update lagi. Jemu plak nanti orang nak singgah sini. Hahaha..
Bye, Assalamualaikum. Gudnite >.< (x larat nak bukak mata dah)




Tuesday, May 14, 2013

Baby Comel

Assalamualaikum.

Aku tengah semangat nak update ni.
Jgn cuba halang aku dengan tawaran makan nasik. 
Ish sedap plak aku tengok nasik putih tu.
Kalau makan dengan kicap and telur goreng, pergh!
Wa sudah mula lapar.
Iyeahh!

Tak boleh macam ni, aku kena pergi jugak. Oh kicap!


...................


Kenyang dah burp!
With no kicap, tapi sup and masak merah. Hewhewhew
Perut dah buncit, baru senang hati nak taip dengan penuh jiwa. 

Dulu, masa mula-mula aku jadi BLOGGERlahsangat,
aku rasa aku ni seorang yg zero dalam berkata-kata,
membina ayat mahupun menyiapkan karangan.
Cer tengok :

--------------------------------------------- Memories from GD : (July,2011)------------------------------



Bayi x? Bayi sangat. Hahahaha.
Tak percaya aku baby.
Lagi tak percaya bila ada orang yg dukung support aku.
Hati berbunga wa cakap lu.
Wa x sangka ada jugak yg komen kt post wa yg melalut ni.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sobsob sedih aku baca ni.
TerharuS uolls , thx :)


p/s:
1. Rasanya masih belum terlambat utk aku ucapkan, Selamat Hari Ummi Puan Zawiah. Terima kasih utk kasih sayang yang ummi berikan utk kami adik-beradik. Luv you!

2. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ummi dan Abah yang ke 24! Moga Ummi dan Abah bahagia selalu ;D

3. Selamat Hari Jadi sepupu, Amalina yg ke 18! Belajar elok-elok ok bila masuk U nnti, jgn menggatai ;P




Sunday, May 05, 2013

PRU 13 di Penang

Assalamualaikum.

Yey aku dah undi. Alhamdulillah dah lepas satu tanggungjawab.
Dari rumah ke Gelugor, dari Gelugor ke Sungai Dua dan Sungai Dua ke Penanti.
Yes, last yang paling penting, parlimen Pmtg. Pauh.
Biru gelap ke biru muda? Shhhh...

Semua tempat aku pergi.
First time mengundi, mestilah kena pergi semua tempat. Nak tengok kemeriahannya.
Malam before mengundi, aku dah siap try mix and match baju. Lagak macam esok nak raya hehehehe.

Di tempat mengundi:
Ada yang menjerit "inikalilah!!!"
Aku jawab "inikalilah!"
Ada jugak yang jerit "ubah Penang!"
Aku jawab "ubah Penang yey!"
Tp aku jawab dengan mengerut dahi, senyum dan angguk.
Tak terkeluar plak suara. Aishhh menyesal plak aku :(
Patutnya aku jawablah sebagai tanda sokongan ye dak?
Harap-harap diorang fahamlah.
Undi itu kan rahsia :P

Saya, Syuhada Mohamed melapor utk ...



GELUGOR










SUNGAI DUA





PENANTI


p/s: X sabar nak tunggu result :)







Tuesday, April 16, 2013

Gwiyomi by Budak Comel Mau Cubit-Cubit Pipi Dia

Assalamualaikum.

Harini aku nak buat gwiyomi.

"Argh, nak kena runcing ke apa buat gwiyomi?!"
Aku marah pada diriku sendiri.

Tak mungkin aku akan pura-pura comel sebegini. Tak sanggup.

Tapi aku dah agak tergoda dgn GWIYOMI, jadi...
Aku uploadkan video budak kecik yang comel tersangatlah comel buat gwiyomi.

First time tgk, terus jatuh hati dgn this little girl. Sumpah comel gila!



Friday, April 05, 2013

Siapa Syuhada Mohamed sebenarnya?

Assalamualaikum.

Hai, nama aku Ummi Syuhada. Panggil Syuhada. Anak Penang. Penggemar durian, laksa dan keju. Ops, sekarang aku hanya layan keju dan durian. Laksa stop sebentar, boring. 

November lepas, dapat jugak aku genggam sekeping kertas yg tertulis Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah selepas 5 tahun aku belajar bersungguh-sungguh time exam, tido dalam kelas, copy paste assignment, yes aku grad! Buat kali kedua selepas diploma. Cuma diploma konsep lain sikit sebab time exam dulu lagi banyak main, layan movies, layan lagu carta sinar. Argh, jiwang jugak aku!

27 Nov 2012

Lepas grad, aku tanam anggur sebentar di Busana makcik aku. Tolong apa yang patut. Masa tu aku hanya ada satu impian, iaitu nak jadi business girl yang berjaya. Punya sebuah cafe yang comel, bersebelahan dengan butik kepunyaan keluarga. Angan-angan dari sekolah menengah sudah berjaya 50% bila makcik aku bukak Busana. Cafe pulak? Okay, aku nak jual kek keju dan sepupu nak jual kek cokelat. Idea tu pun dapat lepas pergi seminat Marketing Power by Dr. Azizan Osman.
Tengok, betapa powernya nasihat dia sampai membuatkan aku berangan-angan nak jadi owner bakery suatu hari nanti semakin membuak-buak. Idea terbang laju dalam fikiran. Buat itu, buat ini. Semua aku nak buat. Tapi nak mula, kena perlukan modal. Fikir punya fikir, ya aku perlu bekerja. 


Kawan pertama yg aku jumpa, kenal, punyai rasa minat yg sama pada artis kpop lagi-lagi runningman,
 terus membuatkan kami hubungan kami menjadi begitu mesra dalam beberapa minit sahaja.

Time cuti, aku slalu akan ke busana kalau tak ada hal. Memang aku tak ada hal pun selalu, ingat aku ni ahli politik apa, sibuk di pejabat dan kena turun padang? Bila ke Busana, aku lah tukang sapu, tukang tukar baju kat patung, tukang bagi idea (hebat la sangat? pui), tukang layan customer yang disayangi dan tukang usyar mamat kat kedai makan. Kantoi suda...

Bila selalu duduk dengan baju-baju, rasa minat nak bukak butik sendiri pun muncul. Lalu umi  suruh aku kerja dengan mana-mana butik dulu untuk cedok pengalaman. Bak kata Dr. AO, untuk berjaya kita perlu belajar dengan MENTOR. Aku kata, aku tak boleh kerja dengan orang lain punya butik. Sebab kalau aku terpaksa tengok baju yang aku tak suka, aku akan rasa pening. Over giler, serius!

Last-last, aku tolong umi kat Busana je. Ada jugak baju yang aku tak berapa nak suka. Tapi aku tahan je pening. Dan jugak, kalau aku tak suka baju tu, aku akan teragak-agak untuk bagitahu customer yang baju tu cantik. Sebab aku rasa jahat kalau aku berbohong. Aku kata cantik padahal tak cantik. Kalau nak tau baju tu cantik ke tidak, tengoklah riak wajah aku. Pasti akan dapat jawapannya.


Dress ni memang aku suka. Tapi aku tak boleh beli sebab ini customer punya :)

Muka bahagia bila dapat makan keju. Eh, bila aku upload yang ni?  Bubuh jela.

Bulan lepas, kawan sebilik time diploma turun Penang. Lama sudah kita tak bertemu yg sahabat. Last, bulan 4,5 tahun lepas masa aku pergi U hang utk guna datastream demi thesis. Masa ni, kami di Sunway Carnival Convention Centre. Dating dengan Bryan Gan. Demi mencapai impian untuk menjadi business girl suatu hari nanti, kami kutip segala info yg diberi secara percuma dengan betul-betul celik mata dan telinga. Tak tido lagi dah macam dulu. Asal pergi lecture, mesti nagntuk.


Selepas beberapa minggu, aku create Lamia Paesyeon. Lamia bermaksud bersinar-sinar dan paesyeon bermaksud fashion. Konon-konon nak jadi designer macam orang lain, aku pun keluarkan 1 design yang bagi aku hebat gila. Sleeveless Cardigan dengan brand Lamia Paesyeon. Wow, baju sendiri tu! 

Promot sleeveless cardigan kat kenduri Aloq Staq.
FB Lamia Paesyeon, klik sini

Even baru ada 1 design, tapi dah ada yang beli ok. Terharu cek. Beli 2 sekali gus pulak tu. Sobs sobs... Sekarang aku plan nak design baju yang labuh pulak. Baju yang sesuai dan selesa dipakai untuk hari-hari biasa. Banyak yang aku dah design sampai tak tau nak buat yang mana dulu. Nak termuntah mike memikionye. HOHO

Tapi takpe, buat pelan-pelan. Suatu hari nanti mesti aku akan berjaya jugak insyaAllah. Oh, sekarang sudah pukul 1.47 am. Kena tido, esok nak bangun awal. Pergi kursus Berani Berniaga 2013 by Dr. AO. Jumpa anda di sana ok :) Gudnight.

Apa kena mengena dgn gikwang? Gigi dia cantik. Saya jeles. Huhu.