Wednesday, July 24, 2013

Perlindungan diri dengan hanya RM 50

Assalamualaikum.

Dah balik terawikh ke? Alhamdulillah :) *oh lelaki berbaju melayu*.  Boleh dah lah kita bermoreh ye idok? Aku makan puding truffle je. Buat sendiri (la sangatttt). Nyum nyum, sejuk je tekak ni.
(post terlambat, orang dah nak tido aku baru publish. malu ayat intro tak sesuai sobsob )

Malam ni aku ni promot sikit. Promot apa? MAA Takaful. Dalam banyak-banyak produk MAA Takaful, aku paling suka yang ni. Kasih Rakyat namanya. Sebab ape? Sebab dia ada yang ni semua :




Faedah utama yang bakal dapat :

  • RM 30,000 - Bagi kemalangan yang mengakibatkan : lumpuh dari bahagian leher ke bawah, atau kehilangan akal sepenuhnya
  • RM 30,000 - Perlindungan maksima bagi kehilangan fizikal atau hilang upaya kekal
  • RM 20,000 - Bagi kematian : kemalangan kenderaan / pembunuhan atau serangan / mogok, rusuhan atau kekacauan awam atau rampasan / keracunan makanan dengan tidak sengaja / lemas atau kegagalan pernafasan / akibat asap atau gas beracun dengan tidak sengaja / dipanah petir / pendedahan dan kehilangan / gigitan serangga dan binatang
  • RM 10,000 - Faedah tambahan - semasa didalam perjalanan sebagai penumpang yang membayar tiket (berlesen untuk membawa penumpang)
  • RM 3,000 - Khairat kematian dibayar di atas tambahan jumlah pokok kematian semua sebab. 
*Kelayakan manfaat bermula selepas 6 bulan dari tarikh 
berkuatkuasa perlindungan bagi kematian selain daripada kemalangan.*

Faedah-faedah tambahan :
  • Sehingga RM 900 setiap kemalangan - Setiap kemalangan faedah tunai kemasukan hospital - faedah harian bagi kemasukan hospital maksima sehingga 30 hari (RM 30 setiap hari)
  • RM 500  - Untuk pembelian kerusi roda, tangan atau kaki palsu dan topang.
  • RM 250 setiap kemalangan - Bayaran balik amaun pengeluaran ATM secara ugutan
  • RM 200 setiap kemalangan - Bayaran balik caj yang dilevi oleh hospital syarikat ambulan swasta
  • RM 150 setiap kemalangan - Gantian dokumen yang hilang akibat diragut.
*Pengecualian jika peperangan atau tindakan musuh asing / sengaja mencederakan diri sendiri / bunuh diri / tidak siuman / penyakit / AIDS / pengambilan dadah / kehamilan dan melahirkan anak / melakukan perbuatan yang menyebelahi undang-undang / sukan professional / memandu atau membonceng disemua jenis perlumbaan / memandu pesawat kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang / memburu / mabuk / sukan mempertahan diri / luncur air / selam skuba / mendaki gunung.* Pengecualian tidak secara menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam siijik kontrak.                                       


Hah macam mana? Ok tak? 
Dengan hanya RM 50, SETAHUN SEKALI je tau! 
RM 50 tu banyak mana sangat pun. Kalau kita boleh beli baju mahal-mahal (lagi-lagi on9 shopping) , gadget terbaru, berbuka di luar, kenapa tak boleh nak bayar untuk perlindungan diri sendiri kan? Bukan orang lain yang untung, kita jugakkkk yang untung. 

Aku bukan bahagia aku akan dapat duit ni nanti, tapi boleh lah meringankan beban family aku kalau terjadi apa-apa kat aku. (Nauzubillah) Kita bukan tau apa akan terjadi kat kita kan, semuanya datang tanpa diduga. 

RM 50 setahun tu ibarat RM 0.14 sen je sehari. Murah la kan. Aku tak fikir panjang dah, lepas baca je brochure tu sampai habis, "Okay saya masuk yang ni :D"

Berminat ? Sila hubungi 013-5975391 (Syuhada) / email ke neomuneomuchoayo90@gmail.com untuk keterangan lanjut. Gudnite <3

Monday, July 22, 2013

Masalah bercinta dengan durian


Assalamualaikum.

Boring. Setiap hari mengadap laptop. Tak blog, facebook. Yezza aku ialah stalker. Kalau malas on laptop, online through handphone pulak. Gila stalk orang. Hahaha, best kot! Lagi2 somebody yang kita suka, ops!

Aku rindu blog lama aku. Blog gelaksdurians, banyak jugak aku update kat situ. Lagi2 bulan puasa. Apa yang aku merapu, aku pun tak tau. Tapi bila ulang baca tadi, "Eh, lawak la. Hahahaha pandai aku mengarang" (penuh bangga)

Antara salah satu post yang aku sendiri rasa cuwiiitttt sangat :


"Durian, duriannnn oh duriannnn... Syu cintakan Du (nama manja Durian). Du cintakan Syu tak? Apa? Sayang je? Mana boleh macam ni. Syu cintakan Du lebih dari pakwe2 kat luar sana. Sanggup buat apa saja demi Du. Syu tak boleh hidup tanpa Du. Pliss pliss plisss...jangan tinggalkan Syu."

Tadi tu hanya sependek-pedek rakaman perbualan antara Syu dan Du time kami berkasih-kasihan. Tapi tu semua just kenangan. 2 bulan yang lalu, Du tinggalkan Syu setelah sempat bercouple selama 2 hari. Syu tak tahu apa salah Syu sampai Du buat macam ni. "Du ada orang lain ke?". Du diam membisu. "Du, jawablah! Syu malas nak berteka-teki. Baik Syu balik update blog"

Akhirnya, Du jawab jugak akhirnya. " Okay lah, Du pendekkan cerita. Ingat tak dulu Syu cakap Syu cintakan Du? Sanggup buat apa saja demi Du? Tapi kenapa Syu buat jugak?

"Buat apa pulak ni? Tak fahamla..."

"Orang tua ni, buat2 lupa pulak. Kan dulu Du ada cakap sekuat-kuat bau Du, anggap je busuk. Tapi kenapa still dengan perangai lama?"

Ceh itu rupanya??? "Kahkahkahkah... Dan bau tu menyusuk hidung, mana Syu boleh tahan... Syu makan je la Du. Sedap kot... Family semua tanya mana Syu jumpa Du. Syu cakap la Syu jumpa Du kat pasar malam. Okay tak? Hihi...ala relax lah Du, nanti Syu cari la abang Du yang lain pulak, kira Syu curang pun dengan sepupu Du jugak:P"

p/s: Pelik, kata dah makan Du, habis tu aku bercakap dengan sapa? Erk!!!


Sunday, July 21, 2013

Baju raya color apa tahun ni?

Assalamualaikum.


Puasa, dah masuk 2 minggu. That means, raya dam dam dum bunyi mercun dah dekat! Tahun ni nak pakai baju raya apa? Color apa? Tema? Aiyo, wa sulah penin wo.



Dalam semua ahli family aku, akulah paling berkuasa. Decide tahun ni tema baju raya color apa. Ada yang nak merah, ada yang nak oren, ada yang nak color block (aku lah tu bhahahah). Semua nak contribute idea masing2. Bila aku suruh dorang decide, dorang suruh aku gak decide. Bila aku suggest (takdela block2 sangat, kang menyanyi boria kami), dorang nak ikut warna masing2. Aiyoyoyoo...capati mana capati?

Kalau boleh tahun ni aku nak baju raya yg simple, tp nampak glemer. Senang kata, UNIK la. 
Aku taknak la baju yg potongannya membuatkan aku susah untuk berjalan. Kain pun biar la lembut. Senang nak bergerak ganas. Ganas, means tolong buat kerja rumah time raya. Nak kena duduk dengan tamu, prepare food untuk dorang, basuh pinggan. Jalan sini jalan sana. Plus, nak solat pun susah kalau kain tak stretchable ni. 

Fikir punya fikir....aku masih belum dapat jawapan. Apa yang aku tau, aku buat macam biasa. Seperti tahun2 lepas, aku jahit baju raya sendiri. *Sendiri lah sangattt...padahal aku jahit 40%, umi jahit 60%*. Senang jahit sendiri ni. 1st advantage, kita yg design sendiri. Suka hati lah nak potong macam gitu atau macam gini, siap. Magic tak? 

Macam Cinderella, guna magic je. Terus siap. 

Siap menghelit lagi baju tu.
*Menghelit means bersinaq2 baq hanggg*


2nd, costnya yang murah. Nak murah kena beli kain murah la, kalau beli yang mahal...mana datangnye murah tu? Tak gitu? 3rd and last, baju aku mesti unik! Aku gerenti there's no one yang akan pakai sama dengan aku. Hah, impossible lagi perasan! :p

Lantak la nak tema apa pun. Janji baju aku siap dulu. Wahahahaha...gila jual ikan?! Alaaaaa..aku perempuan. Macam2 color boleh pakai. Jadi untuk menyenangkan proses pemilihan warna baju raya nak dekat2 time raya nanti, aku decide aku akan buat jubah yg colornya pastel, sesuai untuk digabungkan dengan apa2 color je. Aku buat dulu. Nanti dorang decide, barula aku beli shawl. Incase dorang still tak boleh beralah, sorang nak merah, sorang nak kuning, sorang nak oren, sorang nak biru? Apa susah, aku beli kain plain semua color tu, aku pakai shawl berlapis2. Biar semua color ada. Ala2 fareeda gitu. 

*Buat masa ni, aku ada kain color peach pink2 je. Boleh la kot kan???

p/s: Harap2 dorang decide cepat, takut aku pengsan pulak nanti sebab shawl tebal berlapis2. Erk!




                        


Thursday, July 11, 2013

Muslims in Korea prepare for Ramadan



Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ni dah masuk hari ke3 kita puasa. Yey, tak pernah tinggal lagi :D

Tak nak cakap banyak, jom layan ini video :D (Oh Korea ku hikhik )




Nak pergi! Nak terawikh kat sana :D

Wednesday, July 10, 2013

Ragam Awal Minggu Berpuasa, "Eh lupa, harini PUASA..."

Assalamualaikum.

Hari ni dah puasa, aku baru terhegeh nak buat ucapan.
Tak pe, yg tu letak tepi jap.

Aku tengah teringat cerita hari pertama puasa dolu2 ni.
Biasa la, muda kan time tu.
Ada yg puasa depan family, tapi diam2 minum air paip.
Ish puasa yangyok! Hah, aku bukan macam tu ye.
Aku minum air lepas berkumur time nak ambil wudhu, tak pun time gosok gigi.
Dapat sikit2 pun jadi la kan, lagi pun kan makruh? (sampai sekarang aku pegang kata2 tu)

Ada jugak kes dimana aku lupa yg aku tengah berpuasa.
Kes ni selalu terjadi dlm first week.
Bila lapar, pi dapur, bukak peti ais, selamber je makan. Eh lupa!

Ada jugak aku pergi kedai beli coklat dengan air. Time tu dengan kawan.
Tak tengok orang dah, keluar kedai terus ngaaap itu coklat.
Pastu pelik kenapa orang sekeliling pandang kami macam...'pelik'.
Aku siap buat bodo je, ingatkan diorang jeles kami makan coklat tu.
Rupa2nya, bulan ramadhan lah weh! Uih malu2.
X kisahla, darjah 3 punya cerita, normal lah :P

Ada jugak aku lupa nak berniat puasa di malam hari.
Bangun pagi, konpius. Aku ni puasa ke tak?
Ah, makan je lah (ambik tangan tutup muka).

Tahun lepas. Aku dah set kat mind "aku puasa, aku puasa".
Pergh, aku tak de TER TER lagi.
Tiba masa utk buat jus tembikai. Secara cool nya, aku set dlm mind
"aku puasa, aku puasa".Ok done! Berjaya!
Macam biasalah, dah kacau2 mestilah kena rasa bukan?
Aku pun pergi dapur, ambil sudu, and RASA.
"Sedapnya umi!"
Adik aku terus menjerit "Kakak tak puasa ! "
Serius, aku puasa time tu. Tapi adik aku tak percaya aku TER :(

Kes terbaru, pagi tadi.
Lepas tengok 'Cipta Rasa Ramadhan' by chef Shers,
(yg buat otak2 and choc bread pudding yg sedap yg membuatkan aku terliur),
Aku bangun nak siap2 keluar. Ternampak kurma!
Belum sempat aku ambik, nasib baik teringat "Eh lupa, harini PUASA".

Ada sebulan tolak sehari lagi utk kita berpuasa kan.
Harap2 tak de dah lah perkara2 macam ni berlaku lagi.
Melainkan terjadi time aku sorang2, bukan depan adik.
Kalau tak, memang kena bahan la huhuhu

Oh, lupa nak bagi ucapan.
Aku tengok kat google, mostly madah2 yg terlampau tinggi bahasa sasteranya.
Takut pulak aku nak meng'copy'.
Kang kantoi aku plagiat.
Secara simplenya, aku nak mengucapkan

"Selamat Berpuasa semua. Semoga Ramadhan tahun ni, akan membawa kebaikan dan keberkatan utk kita semua. Puasa penuh2 okay! Nanti boleh dapat duit raya lebih. (Adik2 boleh claim kat family masing2 :P)"



Monday, July 08, 2013

Sebuah Diary Comel Designed by Korean

Assalamualaikum.

'Hari ni Yuni nak pergi Aeon Big nak beli jam ice. Aku nak ikut. Boleh usyar2 diary comel.'
Ececeh, bajet comel bila ada diary comel. 
Padahal diary je maintain comel.

Akhirnya, selepas fikir nak pergi ke tak...ok aku nak pergi lah.
Bergayakan inner dress purple, baju itik longgar yg lusuh, syria oren dan selipar, aku laju meluru ke Hasani.
Sempat aku melirik ke arah seorang jejaka dan pakcik yg sedang merenung aku dengan pelik. 
Adakah disebabkan gaya ku ala2 pastel (lusuh) atau selipar jamban? 
Sempoi apa ... :D

Tapi...takde pun yg comel.
Takpe la, kat rumah ada dah buku 0. 
Lalu dengan semangatnya aku terus tulis 'DIARY' dan isinya.
Tajuk, Sebuah Diary. 
Siap ada mind map.
Dulu time sekolah takde plak aku rajin buat mind map untuk buat essay. Boooo!




Itu kisah semalam.
Hari ni aku pergi Popular, yes, aku jumpa! 



Tapi pening nak decide nak mana satu.
Ofkos sebab semua cute.
Adala dekat 5 minit utk decide.
Mana taknya, semua designed by korean.
Mak jemah memang pantang saranghae saranghae ni , terus fall in lap.

#1 Comel ohh cover dia. Mau cubit2 pipi dia.


#2 Auwwww, KOREA! Hanbok!


#3 Boleh lah. Boleh lah.


Decide, #3. Biar x comel di luar, tapi comel di dalam. 
Tengok, ada lukisan comel dengan word KOREA! 
Itu sebab yg utama. Hehehehe.. :D