Thursday, August 01, 2013

Mengada nak makan makanan yang tak ada di bazaar Ramadhan

Assalamualaikum.

Bangun sahur bukak puasa, bangun sahur bukak puasa? Dah nak raya dah. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam dengar pengistiharan puasa. Argh, kueh raya tak beli lagi, baju raya tak potong lagi, mana lagi nak jahit baju raya? Langsir raya? Pening kepala. Aku ni anak yg masih bujang dan kakak kepada adik-adiknya ataupun aku dah berkahwin dan mempunyai anak? Semua aku fikir sampai fusing la ana punya kepala. *mood "kami semua sepakat di kampung hai pening lalat"*

Sudah sudah. Hal tu letak tepi. Malam ni (time aku tulis) aku nak cerita pasal juadah berbuka puasa. 'Hey, apa ke boringnya tajuk kau?'. Biasalah, ini kan aku :D. 

Dalam banyak banyak banyak juadah berbuka yang dimasak dijual di bazaar bazaar ramadhan, semua tu aku tak berkenan. Sikit pun tak meleleh air liur aku. Contoh? Cucur. Tak terliur sebab berminyak. Tepung talam, lompat tikam atau tepung pelita atau yang seangkatan dengannya. Manis sangat. Nasik tomato, nasik daging? Boring ah selalu makan nasik je. Mee kuah, bihun sup, laksa. Lagi la boring. Dah tau dah apa rasa dia. 

Ummi pun suruhlah buat sendiri apa yang kita suka. Kot-kot aku ni tak berselera melayu. *tersentap mak*. Tapi aku ni suka ke bazaar (tak mengaku malas). Lagi2 bazaar yang besar dan ramai pengunjung ke situ. Dalam setiap minggu, mesti 6/7 hari mesti aku akan pergi ke bazaarlah. Tak kisahlah bazaar tu kecik ke besar ke, aku mesti pergi. Aku ni kan suka makan benda yang lain dari family, baik aku pergi cari kat bazaar kan. Nak buat sendiri, nanti tak laku. (sebenaqnya, tu bukan motif betui. ada yang lain tapi chek malu nak habaq kat hampa).

Dah nama pun kat Malaysia, banyak la masakan dan kueh mueh malaysia. Takkan punya kau duduk malaysia pastu terhegeh-hegeh gi bazaar nak cari tteokbokki dan sushi? (Oh takotao ada tahu ?!). Pusing kot mana pun, yang tu lah yang ada. Agak susah utk aku decide. Bila dah beli, berbuka. Coih, rasanya tak seperti yang diimpikan :'(. Yang family beli, yang tu jugaklah yang aku ngap. Yang tu jugaklah yang sedap and sesuai dengan selera tekak aku. Aku memang anak melayu sejati. Itu memang tidak dapat dinafikan :P

Di bawah ni adalah contoh ciri2 makanan yang aku cari tapi tak dapat dapat lagi kat mana2 bazaar:

  • Kuah yang sedap dan ada ayam/daging/ikan yang super banyak (bihn sup/mee bandung/asam laksa)
  • Bersos sdap dan penuh dengan keju (lasagna)
  • Sayur sawi atau kobis yang rangup serta sedap kuahnya. 
  • Makanan korea *ni tak boleh blah*
Mengade kan aku ni kan? :P




Post a Comment