Monday, July 22, 2013

Masalah bercinta dengan durian


Assalamualaikum.

Boring. Setiap hari mengadap laptop. Tak blog, facebook. Yezza aku ialah stalker. Kalau malas on laptop, online through handphone pulak. Gila stalk orang. Hahaha, best kot! Lagi2 somebody yang kita suka, ops!

Aku rindu blog lama aku. Blog gelaksdurians, banyak jugak aku update kat situ. Lagi2 bulan puasa. Apa yang aku merapu, aku pun tak tau. Tapi bila ulang baca tadi, "Eh, lawak la. Hahahaha pandai aku mengarang" (penuh bangga)

Antara salah satu post yang aku sendiri rasa cuwiiitttt sangat :


"Durian, duriannnn oh duriannnn... Syu cintakan Du (nama manja Durian). Du cintakan Syu tak? Apa? Sayang je? Mana boleh macam ni. Syu cintakan Du lebih dari pakwe2 kat luar sana. Sanggup buat apa saja demi Du. Syu tak boleh hidup tanpa Du. Pliss pliss plisss...jangan tinggalkan Syu."

Tadi tu hanya sependek-pedek rakaman perbualan antara Syu dan Du time kami berkasih-kasihan. Tapi tu semua just kenangan. 2 bulan yang lalu, Du tinggalkan Syu setelah sempat bercouple selama 2 hari. Syu tak tahu apa salah Syu sampai Du buat macam ni. "Du ada orang lain ke?". Du diam membisu. "Du, jawablah! Syu malas nak berteka-teki. Baik Syu balik update blog"

Akhirnya, Du jawab jugak akhirnya. " Okay lah, Du pendekkan cerita. Ingat tak dulu Syu cakap Syu cintakan Du? Sanggup buat apa saja demi Du? Tapi kenapa Syu buat jugak?

"Buat apa pulak ni? Tak fahamla..."

"Orang tua ni, buat2 lupa pulak. Kan dulu Du ada cakap sekuat-kuat bau Du, anggap je busuk. Tapi kenapa still dengan perangai lama?"

Ceh itu rupanya??? "Kahkahkahkah... Dan bau tu menyusuk hidung, mana Syu boleh tahan... Syu makan je la Du. Sedap kot... Family semua tanya mana Syu jumpa Du. Syu cakap la Syu jumpa Du kat pasar malam. Okay tak? Hihi...ala relax lah Du, nanti Syu cari la abang Du yang lain pulak, kira Syu curang pun dengan sepupu Du jugak:P"

p/s: Pelik, kata dah makan Du, habis tu aku bercakap dengan sapa? Erk!!!


Post a Comment