Wednesday, July 10, 2013

Ragam Awal Minggu Berpuasa, "Eh lupa, harini PUASA..."

Assalamualaikum.

Hari ni dah puasa, aku baru terhegeh nak buat ucapan.
Tak pe, yg tu letak tepi jap.

Aku tengah teringat cerita hari pertama puasa dolu2 ni.
Biasa la, muda kan time tu.
Ada yg puasa depan family, tapi diam2 minum air paip.
Ish puasa yangyok! Hah, aku bukan macam tu ye.
Aku minum air lepas berkumur time nak ambil wudhu, tak pun time gosok gigi.
Dapat sikit2 pun jadi la kan, lagi pun kan makruh? (sampai sekarang aku pegang kata2 tu)

Ada jugak kes dimana aku lupa yg aku tengah berpuasa.
Kes ni selalu terjadi dlm first week.
Bila lapar, pi dapur, bukak peti ais, selamber je makan. Eh lupa!

Ada jugak aku pergi kedai beli coklat dengan air. Time tu dengan kawan.
Tak tengok orang dah, keluar kedai terus ngaaap itu coklat.
Pastu pelik kenapa orang sekeliling pandang kami macam...'pelik'.
Aku siap buat bodo je, ingatkan diorang jeles kami makan coklat tu.
Rupa2nya, bulan ramadhan lah weh! Uih malu2.
X kisahla, darjah 3 punya cerita, normal lah :P

Ada jugak aku lupa nak berniat puasa di malam hari.
Bangun pagi, konpius. Aku ni puasa ke tak?
Ah, makan je lah (ambik tangan tutup muka).

Tahun lepas. Aku dah set kat mind "aku puasa, aku puasa".
Pergh, aku tak de TER TER lagi.
Tiba masa utk buat jus tembikai. Secara cool nya, aku set dlm mind
"aku puasa, aku puasa".Ok done! Berjaya!
Macam biasalah, dah kacau2 mestilah kena rasa bukan?
Aku pun pergi dapur, ambil sudu, and RASA.
"Sedapnya umi!"
Adik aku terus menjerit "Kakak tak puasa ! "
Serius, aku puasa time tu. Tapi adik aku tak percaya aku TER :(

Kes terbaru, pagi tadi.
Lepas tengok 'Cipta Rasa Ramadhan' by chef Shers,
(yg buat otak2 and choc bread pudding yg sedap yg membuatkan aku terliur),
Aku bangun nak siap2 keluar. Ternampak kurma!
Belum sempat aku ambik, nasib baik teringat "Eh lupa, harini PUASA".

Ada sebulan tolak sehari lagi utk kita berpuasa kan.
Harap2 tak de dah lah perkara2 macam ni berlaku lagi.
Melainkan terjadi time aku sorang2, bukan depan adik.
Kalau tak, memang kena bahan la huhuhu

Oh, lupa nak bagi ucapan.
Aku tengok kat google, mostly madah2 yg terlampau tinggi bahasa sasteranya.
Takut pulak aku nak meng'copy'.
Kang kantoi aku plagiat.
Secara simplenya, aku nak mengucapkan

"Selamat Berpuasa semua. Semoga Ramadhan tahun ni, akan membawa kebaikan dan keberkatan utk kita semua. Puasa penuh2 okay! Nanti boleh dapat duit raya lebih. (Adik2 boleh claim kat family masing2 :P)"



Post a Comment